Wednesday, May 11, 2011

salam

Hari Selasa 9 Mei 2011, aku pergi untuk temujanji pemeriksaan kandungan di Hospital Normah. Sebelum ini temujanji yang pertama pada Mac 2011. Alhamdulillah, baby sihat dan begitu aktif bila di scan. Sekejap kepala dia kat atas sekejap kepala dia kat bawah. Subhanallah, kataku di dalam hati..inilah nikmat yang Allah beri yang akhirnya dapat dinikmatiku.Aku rasa sangat tenang dan teruja, melihat seorang insan yang sihat, sempurna sifatnya, aktif.Ya Allah, semoga babyku sihat,aktif dan sempurna untuk masa-masa yang mendatang. Nak tengok jantina, memang susah dalam keadaan dia yang aktif ni. Ku katakan pada doktor, jantina tak penting, yang penting dia sihat dan sempurna sifatnya. Lagipun ini anak pertama, anugerah Allah, jangan memilih sangat, bisikku di dalam hati. Ku tanya pada doktor, berat babyku.Di klinik kesihatan maklumat ini tidak diberitahu. Doktor memberitahuku sekarang baby sudah 428gram. Sekali lagi aku mengucapkan rasa syukur. Doktor menambah dengan ketinggianku hanya 158cm, had maksima berat baby yang dapat kulahirkan ialah 3.4 kg. Pesannya, sebaik-baiknya antara 3.0-3.2kg, ini kerana anak pertama seelok-eloknya tidak terlalu besar.Alhamdulillah, aku mendapat info tambahan bagi persediaan hari-hari mendatang.

No comments:

Post a Comment