Thursday, May 12, 2016
"Oh duit, di mana kau duit?"
Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,
Rasanya sudah 4-5 tahun saya tidak menulis di dalam blog. Pengembangan keluarga, konflik di dalam jiwa dan perpindahan tempat tinggal telah berlaku sepanjang tempoh itu. Pelbagai pengalaman dan ilmu turut ditimba. Sehinggalah kepada terjadinya saya pada hari ini...menceburi bidang perniagaan alam maya yang baru diceburi selama 3 bulan.
Sebelum terlibat dengan agak aktif di bidang perniagaan ini, saya beranggapan bisnes ni susah...kena keluar modal la, nak kena jumpa pelanggan la, nk buat follow up la dan byk lagi benda2 yg bagi sy, mungkin ada lg benda lebih mudah untuk buat duit. Cari punye cari akhirnya jumpa kursus belajar mengenai saham. Macam best jer main saham ni...tak payah deal dgn manusia, boleh cepat dpt untung, x perlu ada stok, depan komputer jer nak dpt duit. Dipendekkan cerita, ya, main saham memang mudah tp jika kita tak pandai kawal emosi , jgn harap la nk untung, balik modal pun belum tentu. Faham kan, mesej tu?
Akhirnya, sy terpaksa mengaku nak buat duit, bisnes adalah jln yg terbaik. Sebab still under kawalan kita. Allah ilhamkan saya untuk buat bisnes online dan buka jln bg saya mengenali dgn lebih dekat peluang2 bisnes online dan di sinilah saya dijodohkan dgn produk kecantikan ni. Sgt betul pepatah ini, 'jika ada kemahuan, di situ ada jalan'.
Subscribe to:
Comments (Atom)