Hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai produk yang saya gunakan sendiri dan saya jual melalui online iaitu Set Skincare Habbatus Sauda Ardini Essentials. Saya mengenali produk ni sejak Mac 2016 selepas menghadiri kursus MB2000 di Bangi. Masa tu fikir macam mana nak apply ilmu yang dah dibelajar dalam kursus tu sebab tak de lagi produk. Masa tu belum fikir lagi produk apa yang sesuai dan bagus di jual. Kebetulan masa tu team Qanaah Rizqi ada bukak booth jualan. Masa tu Ardini Essentials hanya keluarkan serum saja. Bila dengar ada habbatus sauda dalam serum tu, terus rasa macam menarik ni.Kebetulan jugak, saya memang tengah mencari2 produk yang sesuai dengan saya, Ada member sebelah ajak share sekaton...tu yang rasa mcm confident nak beli sekaton yang ada 12 botol dalam tu. Kalau tak, nak beli sebotol je, utk jadi dropshipper.
Sebelum ni, saya memang tak jaga sangat muka, sekadar menggunakan cleanser saja. walaupun mak banyak kali tegur muka ni kering dan tak bermaya. Kalau pakai bedak muka ni bercapuk sikit kat bahagian pipi. Ada jugakla letak madu kalau tetiba rajin. Sebelum ni pernah jugak cuba rutin biasa. Pakai cleanser, toner dan pelembab. Tapi tu zaman muda2 sebab teruja nak ikut kebiasaan norma orang perempuan. Tapi saya tengok kat wajah saya, tak nampak perubahan pun! Tengok kulit macam semakin nipis sebab sampai nampak urat darah. Dulu pakai pelembab CNI. Zaman2 90-an hingga awal tahun 2000 CNI memang femes. Tapikan, kalau hari panas, fiuu, memang mandi peluh muka. Tu yang rasa macam menyusahkan pulak mende2 semua ni. Lepas tu pernah guna Loreal tapi tu pun sekejap sebab bila pakai, muka macam makin nipis. Loreal apa erk? Tak ingat dah sebab dah buang.
Saya guna singkatan AE untuk Ardini Essentials ya, untuk memudahkan. Ni dia gambar Serum Rawatan Wajah Intensif tu.
Serum ni best sangat. Tak berminyak dan tak melekit, cepat meresap, berbau harum. Jimat sesangat, boleh pakai hingga 2 bulan. Tak yah belanje g beli toner dan pelembab. Sebab muka memang da lembab lps tu. Tp, kalau kat tpt berekon yg dr pagi sampai ke malam tu, sy akan sapu serum bila muka nampak kering. Lagi satu, sapu pun malam jer. Memang terjimat duit, kan? Hehe....Sapu sblm tido, jadi tak de la isu berpeluh2 terutama bila sibuk bermasak bagai. Bangun pagi je, terus ambik cermin sbb teruja tengok perubahan dari hari ke hari. Alhamdulillah, akhirnya Allah temukan saya dengan produk yang luar biasa dan hebat ini.
Nak tahu kelebihan serum ni? Ikuti sambungannya ya.....Oh ya! Kalau ada sesiapa berminat dengan serum ni, wassap je 013. 801. 9615.
